Sunday 27 March 2011

Kelim

Murid-murid, terdapat beberapa jenis kelim yang perlu murid-murid ketahui.
Antaranya ialah :
a.    Kelim belah kangkung
b.    Kelim betawi




Jom kita kenali jenis kelim ini.




Info minda
Untuk pengetahuan murid-murid, kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk pada pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit dan lebar kelim mestilah sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian.



kelim      
Jenis fabrik
Kedudukan
Jenis pakaian
Kelim belah kangkung
Semua jenis fabrik
Bahagian lurus dan melengkung
Semua jenis pakaian
Kelim betawi
Fabrik nipis
Bahagian lurus
Pakaian kanak-kanak





Murid-murid, dalam penyediaan kelim ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya :

       
*      Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian.

*      Kelim perlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk dan rupa yang elok.


*      Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan pakaian.

*      Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas.


*      Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak berkedut.

*      Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang rata dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas.



Murid-murid, untuk memahami kelim ini, marilah kita mengenali terlebih dahulu tentang kelim belah kangkung ini


3.1       Kelim belah kangkung

1.    Kelim belah kangkung adalah jenis kelim yang popular dan mudah dijahit. Ia hanya terdiri daripada satu jalinan pada sebelah dalam pakaian.

Adakah murid-murid tahu apakah kegunaan kelim belah kangkung?

                                                                         
Untuk pengetahuan murid-murid,kelim belah kangkung digunakan untuk memberi bentuk kepada pakaian supaya ia kelihatan lebih padan.


2.    Ciri-ciri kelim belah kangkung:
(a)  Tidak beralur di sebelah luar.
(b)  Rata dan terbuka.
(c)  Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.
(d)  Lebar kedua-dua basi kelim sama.
(e)  Lebar kelim yang siap dijahit ialah 1.25cm ( ½ inci).



3.1.1   Proses menjahit kelim belah kangkung

Langkah 1:
-          Temukan kedua bahagian luar fabrik.

Langkah 2 :
-          Jelujur dan jahit mesin di atas garis pamadan.

Langkah 3:
-          Tanggalkan jelujur, tekan, dan buka kelim.

Langkah 4:
-          Kemaskan tepi fabrik dengan jahitan insang pari, jahitan mesin, jahitan lilit kemas atau mesin pengemas tepi.


Ciri-ciri
Kebaikan
keburukan
·         Rata dan terbuka
·         Terdiri daripada sebaris jahitan disebelah dalam pakaian
·         Mata jahitan tidak kelihatan dari sebelah luar artikel
·         Lebar kelim yang siap dijahit ialah 1.25 cm.
·         Jahitannya tidak kelihatan disebelah luar pakaian
·         Tidak begitu kukuh kerana hanya mempunyai sebaris jahitan.
·         Tidak sesuai untuk fabric nipis keran aia kelihatan pada sebelah luar pakaian.








Murid-murid,  adakah murid-murid tahu cara untuk mengemaskan kelim belah kangkung?





Cara-cara mengemaskan kelim belah kangkung.

1.    Jahitan mesin

Sesuai untuk fabrik nipis dan sederhana yang tidak berjerumbai.

2.    Jahitan insang pari

Sesuai untuk fabrik yang nipis, jarang tenunannya, dan mudah berjerumbai. Misalnya, fabrik sutera dan fabrik kapas yang lembut.

3.    Menggunakan kun

Pita lurus, reben atau kun jalur serong tepat boleh digunakan untuk mengemas tepi belah kangkung. Sesuai digunakan untuk fabrik tebal dan berjerumbai.

4.    Jahitan lilit ubi

Sesuai untuk fabrik yang mudah berjerumbai.



3.2             Kelim betawi

1.    Kelim betawi sesuai dijahit pada fabrik nipis dan fabrik yang mudah berjerumbai.

Ciri-ciri
Kebaikan
Keburukan
·         Mempunyai 2 baris mata jahitan.
·         Lebar basi kelim yang siap dijahit ialah 4 mm hingga 6 mm
·         Tidak bergulung
·         Teguh kerana mempunyai dua baris jahitan
·         Jahitannya tidak kelihatan pada sebelah luar
·         Tahan lama dan rata
·         Mudah didobi dan diseterika
·         Agak tebal dan kurang sesuai untuk fabrik tebal
·         Mengambil masa yang lama untuk dikeringkan kerana terdiri daripada lipatan 2 fabrik.



                       
Proses menjahit kelim betawi

Langkah 1:
-          Temukan sebelah dalam fabrik, semat dengan peniti, jelujur atas garisan pemadan dan jahit mesin dengan jarak 6 mm dari garisan pemadan.
-          Gunting basi kelim sehingga lebarnya tinggal 3mm.

Langkah 2:
-          Buka dan ratakan kelim pada sebelah dalam supaya ia tidak beralur apabila diterbalikkan.

Langkah 3 :
-          Terbalikkan kelim supaya sebelah luar fabrik bertemu, semat dngan peniti, jelujur dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

Langkah 4 :
-          Tanggalkan jahitan jelujur dan tekan kelim supaya menghala ke belakang artikel.

No comments:

Post a Comment