Sunday 27 March 2011

Kelepet



1.    Kelepet boleh dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam dan ditetapkan kedudukan dengan jahitan tangan atau jahitan mesin.

2.    Terdapat dua jenis kelepet iaitu kelepet lurus dan kelepet melengkung.


3.    Kelepet lurus dijahit pada tepi pakaian atau artikel yang lurus. Ia berfungsi sebagai pengemas atau pengukuh tepi pakaian atau artikel.

4.    Kelepet melengkung dijahit pada hujung pakaian atau artikel yang melengkung. Contohnya, pada hujung skirt atau alas meja yang berbentuk bujur

5.    Ciri-ciri kelepet :
(a)  Terletak dengan rata.
(b)  Tidak bergelembung.
(c)  Lebar lipatannya sama pada keseluruhan.
(d)  Lipatan bawah tidak kelihatan di sebelah luar artikel atau pakaian.




Proses menjahit kelepet lurus

                        Langkah 1:
·         Tandakan garisan pemadan.
·         Lipatkan lipatan pertama selebar 5mm ke sebelah dalam pakaian.

Langkah 2:
·         Buat lipatan kedua pada garisan pamadan dengan lebar antara 5 mm hingga 40mm mengikut keperluan.
·         Jelujur dan tekan dengan seterika supaya kelepet rata dan kemas.

Langkah 3 :
·         Tetapkan kedudukan kelepet dengan salah satu jahitan berikut:
(a)  Jahitan mesin.
(b)  Jahitan sembat.
(c)  Jahitan sembat susup.
(d)  Jahitan silang pangkah.




Proses menjahit kelepet melengkung

                        Langkah 1:
·         Buat lipatan pertama selebar 5 mm ke sebelah dalam pakaian atau artikel.
·         Buat lipatan kedua pada garis pemadan.jelujur dan seterika supaya kelepet menjadi rata.
·         Buat lisu kecil untuk menghilangkan gelembung.

Langkah 2:
·         Ratakan lisu dengan jahitan sembat.
·         Tetapkan kelepet dengan seterika supaya rata dan kemas.

No comments:

Post a Comment